Keperluan Desentralisasi dan Perlaksanaannya Di Malaysia


Desentralisasi adalah perlu kepada kerajaan tempatan bagi memastikan keberkesanan dalam urusan pentadbiran kerajaan disamping memberi perkhidmatan terbaik buat rakyat seluruhnya. Desentralisasi merupakan satu cara kerajaan pusat untuk menyerahkan kuasanya dalam urusan pentadbiran kepada peringkat bawahan. Perlaksanaan kaedah ini adalah bertujuan untuk mengurangkan bebanan kepada kerajaan peringkat pusat dalam melaksanakan perkhidmatannya dalam menyediakan keperluan rakyat diperingkat tempatan. Pengurangan bebanan ini adalah bagi memastikan kerajaan pusat tidak terlepas dalam memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan di dalam negeri terutama di peringkat daerah dan kampung terutama kerajaan pusat yang mempunyai kawasan tadbir yang luas. Ini merujuk kepada autoriti kerajaan pusat yang luas di mana adalah sukar bagi kerajaan pusat untuk melaksanakan pentadbiran yang luas tanpa ada pengagihan kuasa pentadbiran. Sebagai contoh, Malaysia adalah terbaik dalam perlaksanaan kaedah desentralisasi kerana adalah sukar bagi kerajaan pusat untuk mentadbir semua negeri dalam Malaysia yang mana mempunyai banyak daerah di peringkat tempatan. Dengan kaedah desentralisasi ini maka adalah mudah bagi kerajaan pusat dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat di peringkat tempatan serta dapat mengurangkan bebanan pentadbiran kerajaan pusat.

            Selain daripada itu, desentralisasi adalah adalah perlu dilaksanakan kerana ia dapat mempercepatkan proses pembuatan keputusan dan menyegerakan perlaksanaan polisi. Ini adalah kerana dengan adanya penyerahan kuasa pembuatan keputusan di peringkat tempatan maka masa yang diperlukanbagi proses tersebut dapat dikurangkan berikutan ia tidak memerlukan melalui banyak peringkat. Malaysia juga telah melaksanakan kaedah ini supaya kawasan-kawasan dan daerah-daerah dapat ditadbir dengan baik. Kerajaan tempatan di Malaysia dapat dikatakan contoh terbaik kerana ia dapat memenuhi keperluan rakyat tempatan kerana adanya kaedah desentralisasi. Oleh yang demikian maka pembuatan keputusan dapat dilaksanakan diperingkat tempatan tanpa menunggu keputusan daripada kerajaan pusat. Secara langsung dengan adanya penyerahan kuasa tadbir dan pembuatan keputusan di peringkat tempatan maka keperluan rakyat tempatan dipenuhi secara terus.

            Kaedah desentralisasi adalah perlu kerana ianya memberi peluang kepada kerajaan tempatan bertindak sendiri tanpa dipengaruhi oleh peringkat pusat. Ini adalah bagi membuktikan bahawa sistem demokrasi dapat dipertingkatkan kecekapan perkhimatannya melalui desentralisasi. Ia juga bagi mewujudkan kerajaan yang boleh bertindak sendiri dalam mempertingkatkan keberkesanan program pembangunan di peringkat tempatan. Selain itu, dengan kaedah ini ianya memberikan tanggungjawab kepada kerajaan tempatan dalam melaksanakan perkhidmatannya. Di Malaysia, kebanyakan kerajaan tempatan adalah bertangungjawab untuk mengendalikan sendiri perkhidmatannya kepada rakyat. Sebagai contoh, Majlis Perbandaran Kota Bharu dapat bertindak sendiri seperti melaksanakan proses perlupusan sampah, kerja-kerja pembangunan kawasan dan sebagainya. Di Negeri Sembilan, Majlis Perbandaran Port Dickson diberi perlepasan untuk menguruskan sendiri kawasan tadbirnya seperti meningkatkan kebersihan pantai, urusan pembangunan lot-lot kedai, penyediaan tapak letak kereta dan sebagainya. Dengan adanya kaedah desentralisasi ini maka Malaysia akan dilihat lebih berkeupayaan dalam urus tadbir daerah dan kawasan tempatan.

            Dalam urusan pentadbiran kerajaan, adalah perlu untuk melaksanakan kaedah desentralisasi supaya ianya dapat mewujudkan kuasa politik yang majmuk. Ini adalah perlu supaya kuasa politik tidak dipunyai sepenuhnya oleh kerajaan pusat yang mana boleh menjadikan ianya terlalu berkuasa dalam urus tadbir. Supaya ianya lebih demokrasi maka kaedah pemilihan seperti pilihanraya juga perlu dilaksanakan di peringkat kerajaan tempatan. Namun begitu, Malaysia masih belum melaksanakan sepenuhnya konsep ini berikutan adanya dasar-dasar tertentu yang menyekat proses pilihanraya di peringkat tempatan.

            Konsep desentralisasi juga boleh memupuk proses pembelajaran tentang politik diperingkat tempatan. Sebagaimana dijelaskan dalam perenggan sebelumnya, kaedah desentralisasi juga perlu dilaksanakan kerana atas sebab-sebab politik yang mana untuk mengelakkan kerajaan tempatan dikawal sepenuhnya oleh kerajaan pusat. Sekiranya dikawal sepenuhnya oleh kerajaan pusat maka banyak permasalahan akan timbul seperti wujudnya kronism dan boleh menyukarkan perlaksanaan perkhidmatan kerana setiap tindak tanduk dikawal sepenuhnya oleh pusat. Atas sebab-sebab politik maka kaedah desentralisasi amat sesuai dilaksanakan bagi meningkatkan pengetahuan rakyat tentang kaedah-kaedah politik seperti pemilihan Yang diPertua dan ahli-ahli tertinggi dalam kerajaan tempatan tersebut. Dengan ini maka pengetahuan tentang sistem demokrasi dan politik rakyat dapat dipertingkatkan.

            Desentralisasi juga perlu bagi memudahkan kerajaan tempatan mencari hasil pendapatannya yang mana seterusnya membelanjakannya untuk kesejahteraan rakyat tempatan. Ini sesungguhnya perlu supaya beban kewangan tidak ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan pusat. Selain itu, segala projek pembangunan tempatan tidak akan tergendala akibat permasalahan kewangan yang adakalanya lambat disalurkan ke peringkat tempatan. Dengan memiliki autonomi kewangan sendiri maka kerajaan tempatan adalah bebas dan terasing dalam melaksanakan projek dan perkhidmatanya. Pemilikan ini membolehkan kerajaan tempatan melaksanakan sendiri pentadbirannya tanpa dikawal sepenuhnya oleh kerajaan pusat. Dalam hal ini, ianya dilihat tidak sepenuhnya terlaksana di Malaysia kerana kerajaan tempatan masih terkawal oleh kerajaan pusat dalam urus tadbir kewangan.

            Bagi mengelakkan daripada terjerumus sepenuhnya dalam kegagalan kerajaan pusat serta terperangkap dengan ketidakcekapan pusat maka kaedah desentralisasi adalah perlu dilaksanakan. Adakalanya wujud ketidakseimbangan dalam proses pembangunan di peringkat tempatan sekiranya wujud ketidakberkesanan pentadbiran diperingkat pusat jika desentralisasi tidak dilaksanakan. Hal-hal kurang keupayaan kerajaan pusat boleh di elakkan oleh kerajaan tempatan jika perlepasan kuasa diberi kepada tempatan. Malaysia dilihat masih belum berupaya menjalankan sepenuhnya kaedah desentralisasi ini kerana masih banyak kawasan-kawasan tempatan yang secara tidak langsung masih dikawal di peringkat pusat.

            Dalam membuat pelarasan semula kerajaan, kaedah desentralisasi adalah perlu dilaksanakan supaya perlaksanaan keperluan rakyat dapat dipertingkatkan. Dengan adanya kaedah ini, kerajaan tempatan yang mewakili rakyat dapat memberi perkhidmatan sepenuhnya kerana kerajaan tempatan dapat menilai keperluan dengan lebih terperinci serta dengan pelarasan semula, kesan pembiayaan dapat dikurangkan. Sekiranya ini tidak dilaksanakan maka kos pembangunan dan urus tadbir akan dibebani sepenuhnya oleh kerajaan pusat. Oleh yang demikian maka desentralisasi berupaya membantu kerajaan pusat dalam urusan pembiayaan.

            Sebab yang terakhir mengapa perlunya desentralisasi adalah untuk menggalakkan penyertaan rakyat dalam proses perancangan dan pembangunan tempatan. Rakyat tempatan secara langsung dilihat dapat turut serta dalam memberi pandangan kepada program pembangunan. Keadaan ini berlaku dibeberapa kawasan Amerika Latin sebagaimana dijelaskan oleh Bird and Vaillancourt 1998. Dengan cara ini, program pembangunan dapat dilaksanakan secara terperinci mengikut keperluan rakyat setempat.

By: Azikrie

About these ads
Categories: Perception | Tags: | 1 Comment

Post navigation

One thought on “Keperluan Desentralisasi dan Perlaksanaannya Di Malaysia

  1. Pingback: Keperluan Desentralisasi dan Perlaksanaannya Di Malaysia « AZIKRIE @ EC Photography

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com. The Adventure Journal Theme.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: