Aktiviti Hiking

Sebagaimana yang kita ketahui, aktiviti hiking sudah menjadi suatu kebiasaan bagi semua orang, tidak kira usia dan bangsa. Aku juga tidak ketinggalan dalam aktiviti ini. Namun begitu, setiap kita punya matlamat dalam apa jua yang dilakukan.

Bagi ku, aktiviti hiking ni memang menarik dilakukan di waktu lapang. Mungkin setiap kita ada yang lakukan atas ikut-ikutan seperti mengikut rakan-rakan dan ada juga yang ingin meningkatkan kesihatan. Ada juga yang ingin mencapai sesuatu seperti mengejar cita-cita yang mana untuk grade G7 atau ingin membuktikan kebolehan diri. Ada juga yang setakat ingin suka2 dan bersantai. Tetapi aku, hiking adalah satu aktiviti untuk tingkatkan kesihatan ku terutama berkaitan kardio training dan selain itu, aku cukup berminat untuk memerhatikan keindahan alam yang mana tak semua antara kita dapat menikmatinya sambil merenung kebesaran sang pencipta.

Walau apa jua pun matlamat dan tujuan, lakukanlah aktiviti ini dengan nilai integriti. Jaga kebersihan alam dan jaga diri. Jangan kerana mengejar impian, maka kita rosakkan sesuatu yang amat bermakna.

-Azikrie-

IMG_7756

Broga Hill, Semenyih, Selangor.

Hiking at Gunung Rajah

Me at Gunung Rajah…

Gunung Rajah terletak di Bentong, Pahang di mana mengambil masa lebih kurang 1 jam dari Kuala Lumpur. Kita boleh terus ke Lata Chamang yang mana menjadi pintu masuk untuk mula mendaki. Permandangan di Lata Chamang sahaja dah memukau mata dengan air terjunnya yg memang menarik. Kalau ada yg berminat untuk aktiviti hiking ni, Gunung Rajah adalah antara yang di syorkan.. sangat menarik.

IMG_2793

Gunung Dato’

Sesekali berehat dan menenangkan fikiran di atas Gunung adalah xtvt yang bagus. Setakat ni, mmg seronok melepak atas gunung daripada lepak kat town. Kekadang terasa mcm nak duduk jerk kat atas tu.

Xtvt hiking mmg best dan lagik best kalau dapat shoot gambar yang menarik…

ok lah.. se ya then…

WP_20151205_14_55_21_Pro
Live as u are…