RUKUN NEGARA


Di sini saya ingin menulis secara ringkas perkara berkaitan Rukun Negara di Malaysia. Ianya adalah sebagai tambahan pengetahuan. Semoga kita menjadi rakyat yang berilmu….

Rukun Negara adalah satu ideologi kebangsaan bagi negara Malaysia. Rukun Negara telah dilahirkan berikutan peristiwa 13 Mei 1969. Pada tarikh tersebut telah berlaku satu kejadian rusuhan kaum yang mana telah banyak berlaku pertumpahan darah. Salah satu sebab yang menjadi punca kepada rusuhan ini adalah kerana sikap mementingkan diri dan kaum yang mana telah melahirkan semangat perkauman yang menebal di kalangan setiap kaum. Justeru itu jurang ekonomi antara kaum jelas berbeza. Oleh kerana tiada persefahaman dan rasa tidak puas hati antara kaum terutama dalam isu berkaitan perkara 153 maka tercetuslah rusuhan kaum yang menyebabkan banyak nyawa, harta benda dan perpaduan rakyat terjejas. Keadaan ini telah memaksa kerajaan menisytiharkan darurat.

            Oleh yang demikian maka kerajaan MAGERAN iaitu Majlis Gerakan Negara telah ditubuhkan bagi mengatasi masalah ini. Kerajaan MAGERAN ini pula kemudiannya telah membentuk Majlis Perundingan Negara pada Julai 1970. Ianya bertujuan untuk mencari jalan penyelesaian terhadap rusuhan tersebut dan untuk membina semula perpaduan kaum dan masyarakat yang berbilang bangsa dan kaum. Hasil daripada penubuhan ini maka terciptalah Rukun Negara yang mana menjadi ideologi kebangsaan.

            Rukun Negara diwujudkan adalah untuk memupuk semula perpaduan kaum yang mana telah musnah akibat perselisihan faham dan rasa tidak puas hati antara kaum. Selain daripada itu, Rukun Negara diwujudkan adalah untuk memulihkan kembali sistem pemerintahan demokrasi raja berpelembagaan dan untuk mewujudkan asas yang sesuai dan kukuh dalam memantapkan kerjasama antara kaum. Konsep Rukun Negara inilah yang telah membawa kepada perpaduan semula antara kaum. Rukun Negara ini diwujudkan adalah demi mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan masyarakat; memelihara satu cara hidup demokratik; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak dan membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

Konsep Rukun Negara ini terbahagi kepada lima bahagian prinsip iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan. Ini adalah bertujuan supaya setiap rakyat dan kaum di Malaysia memegang kepercayaan masing-masing dan saling menghormati kepercayaan setiap kaum dan bangsa. Dengan memiliki kepercayaan kepada tuhan, maka setiap kaum akan memelihara adab dan sikap mereka yang mana setiap agama menggalakkan penganut mereka berbuat kebaikan.

Konsep Rukun Negara seterusnya adalah Kesetiaan Kepada Raja dan Negara. Prinsip adalah bagi memupuk setiap kaum memberikan ketaatan kepada raja yang memerintah serta kepada negara. Konsep ini lebih menitik beratkan semangat patriotik dalam jiwa setiap rakyat. Setiap bangsa dan kaum akan saling mempertahankan negara demi ketaatan mereka kepada negara justeru akur akan raja yang memerintah. Rukun Negara ketiga adalah Keluhuran Perlembagaan. Ini memberi erti keagungan dan kemulian perlembagaan yang tidak boleh dicabar dan dipertikaikan. Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang tertinggi negara Malaysia. Ia adalah asas kepada sebuah negara yang berdaulat. Perlembagaan juga mengandungi perkara yang tidak boleh dipertikaikan seperti agama Islam sebagai agama persekutuan, kedudukan istimewa orang melayu dan bumiputra, kedudukan raja-raja melayu sebagai lambing tradisi kerajaan. Keluhuran Perlembagaan ini dapat mengatasi kuasa Yang diPertuan Agong, Parlimen dan Jemaah menteri serta mahkamah dan oleh kerana itulah ia menjadi suatu pelindung bagi penduduk negara ini. Maka seluruh perlembagaan di Malaysia harus ditaati dan tidak setiap kaum diwajibkan mematuhi dengan ikhlas. Oleh itu maka setiap kaum secara tak langsung menjadi bersatu padu dalam memelihara perlembagaan Malaysia.

Kedaulatan Undang-Undang adalah prinsip Rukun Negara yang keempat. Ini memberi pengertian bahawa setiap undang-undang di Malaysia mempunyai kedaulatannya. Undang-undang yang mempunyai kuasa tertinggi dan mutlak di mana ianya tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa sahaja. Setiap kaum harus terima dengan rela hati setiap perundangan yang dilaksanakan di Malaysia. Dengan kedaulatan inilah maka setiap kaum menjadi taat kepada negara dan takut untuk melanggar sistem perundangan di Malaysia. Seterusnya konsep yang terakhir dalam Rukun Negara adalah Kesopanan dan Kesusilaan.  Konsep ini membawa maksud bahawa setiap kaum dan rakyat dalam Malaysia haruslah menitikkan nilai-nilai murni. Ia adalah wajib diamalkan oleh setiap rakyat kerana dengan kesopanan dan kesusilaan ini maka akan membawa kepada perpaduan kaum yang saling hormat menghormati. Setiap kaum akan saling menyanyangi dan mengambil berat akan hal ehwal jirannya.

Article By: Azikrie

One thought on “RUKUN NEGARA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s