SOLAT


SOLAT

 Adalah kita sedia maklum bahawa sesungguhnya setiap orang muslim dan mukmin itu wajib mengerjakan ibadah solat. Sehubungan dengan itu, solat adalah salah satu daripada rukun islam dan ia terletak pada rukun kedua selepas syahadah ( mengucap syahadah). Solat juga adalah ibadah pertama yang diwajibkan kepada umat islam setelah baginda Rasulullah mengalami peristiwa isra’ dan mikraj. Solat lima waktu itu di fardhukan setahun sebelum hijrah.

 Oleh itu, kita sebagai umat Islam adalah menjadi kewajipan dalam memahami cara perlaksanaannya. Ini termasuklah syarat wajib solat, syarat sah solat dan rukun solat serta perkara yang membatalkan solat. Selepas itu barulah kita digalakkan untuk memahami cara mengerjakannya dengan khusyuk dan tawadhuk.

Justeru itu ada banyak lagi cabang ilmu yang berkaitan dengan solat yang boleh dipelajari.

Adalah di sini, perkara yang menjadi syarat wajib solat :      

1.   Seseorang itu mesti beragama Islam .

2.   Seseorang itu  sudah dewasa atau baligh.

3.   Seseorang itu berfikiran waras .

4.   Seseorang itu sejahtera pancaindera.

5.   Seseorang itu sudah sampai seruan Islam kepadanya.

 Syarat sah solat :

  1. Suci badan, pakaian dan tempat dari najis
  2. Suci badan dari hadas besar dan kecil
  3. Menutup aurat dari kelihatan warna kulit
  4. Mengetahui sudah masuk waktu solat dengan yakin.
  5. Menghadap kiblat
  6. Mengetahui cara dan kaifiat solat serta dapat membezakan antara fardhu dan sunat

 Rukun solat pula terbahagi kepada 13 rukun :

  1. Niat untuk mengerjakan solat
  2. Berdiri betul bagi yang berkuasa
  3. Takbiratul ihram
  4. Membaca surah al-Fatihah
  5. Rukuk  dan tama’ninah
  6. Bangun dari rukuk serta tama’ninah
  7. Sujud dan tama’ninah
  8. Duduk antara dua sujud beserta tama’ninah
  9. Duduk tahiyat akhir
  10. Membaca tahiyat
  11. Membaca selawat selepas  membaca tahiyat akhir
  12. Memberi salam
  13. Tertib

Adalah perlu diambil berat tentang tama’ninah. Tama’ninah beerti berhenti seketika sekadar bacaan subhanallah.

Sewaktu sujud pula ketujuh-tujuh anggota sujud perlu dititikberatkan. Antaranya ialah :

  1. Kedua-dua perut jari kaki
  2. Kedua-dua lutut
  3. Kedua-dua tapak tangan
  4. Dahi

Adapun sewaktu sujud, perkara yang perlu diambil berat ialah:  Punggung harus lebih tinggi daripada kepala, dua siku hendaklah direnggangkan dari dua lambung / rusuk, dua paha di renggangkan dari perut dan perut jari ibu kaki mestilah mencecah tempat solat.

  Perkara yang membatalkan solat pula adalah seperti berikut:

  1. Bercakap-cakap /berkata-kata dengan sengaja yang bukan dari urusan  solat.
  2. Perbuatan /pergerakan anggota besar yang banyak ( lebih dari 3 kali )lagi berturut selain dari perbuatan solat.
  3. Terkena najis pada badan / pakaian / tempat solat
  4. Kedatangan hadas kecil / besar
  5. Terbuka aurat.
  6. Berpaling dada di kiblat
  7. Makan / minum dengan sengaja walaupun sedikit  (sisa makanan dlm mulut )
  8. Mengubah niat solat

 Sekian beberapa perkara yang perlu diambil berat bagi mendirikan solat.

 Surah Thaha, ayat 14;

‘Dan dirikanlah solat bagi mengigatiKu (Allah)’

 Bagi menentukan sah solat, kita perlu perhatikan perkara yang berkaitan dengan  rukun dan syarat, adakah ia sempurna ataupun tidak kemudian barulah disusuli dengan khusyuk dan tawadhuk. Secara ringkasnya keterangan di atas hanyalah untuk peringkat permulaan sahaja dalam mendirikan solat. Perkara selanjutnya mestilah kita merujuk dan belajar daripada guru-guru agama yang lebih arif dalam perkara solat.

‘Sesungguhnya  sejahat -jahat  manusia ialah mereka yang mencuri dari solatnya. Para sahabat bertanya; ‘Bagaimanakah orang yang mencuri dalam solat wahai Rasulullah ?’ Jawab baginda; ‘ Itulah orang-orang yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya’.

 Sekian, wassalam : By Azikrie…………

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s