KEMBARAKU


KEMBARAKU – By Azikrie

 Sebuah sampan kecil berlabuh di tepian jeti. Kelihatan seorang budak turun lalu menyambut penumpangnya yang sudah agak berumur. Nampaknya penumpang tersebut, bukan sembarangan orang.

 Dayung di kayuh dengan cergas dan berhati-hati. Mungkin tenaga muda mendorong budak belasan tahun tersebut bertindak aktif ataupun dia sudah mahir dengan tugasnya. Penumpang itu adalah seorang profesor. Setelah beberapa minit di atas sampan, profesor tadi pun bertanya kepada budak itu, adakah ini kerja sehariannya.

“Ya” kata budak tersebut. “Mengapa kau tidak bersekolah”, tanya profesor itu. Budak itu diam seketika. Profesor itu pun menyambung “Cuba kamu lihat aku, seorang profesor yang bijaksana dan semua aku tahu.  Semua orang kenal saya dan saya adalah orang yang disegani. Ini kerana saya tidak bawa sampan seperti awak tetapi saya belajar hingga ke universiti”. Budak itu masih berdiam.

Jeti sudah lengang. Aku yang tadi duduk memerhati, berlalu dari jeti tersebut. Kedinginan subuh mendorongku agar berjalan cergas menuju ke destinasiku.  Setelah beberapa minit berjalan menghilir sungai; aku pun  berhenti seketika sambil meneguk air minumanku. Rokok kunyalakan bagi mengisi kesunyian otakku, sambil berfikir dan bertafakur tentang kejadian alam yang menjadi kitab pelajaranku.

Alangkah indah sawah padi di tepi anak sungai yang baru sebentar tadi kulewati. Ku terlihat seorang tua duduk bersandar pada pohon berhampiran sawahnya. Di sebelahnya ada sebatang cangkul yang agak usang. Aku pun menghampirinya, rupanya agak murung sedikit. Lalu aku ambil keputusan untuk singgah sebentar. Dengan wajah yang kurang mesra orang /pesawah itu merenungku apabila mendapati aku mendekatinya. Aku pun menegurnya, “Assalamualaikum pak cik”. Dia menjawab salamku dan berdiam semula. Aku memperlawanya rokok dan cuba mencungkil, apakah masalah yang dihadapinya.

Setelah berbual buat seketika dan bercerita mengenai diriku yang dalam perjalanan, baru kubertanya apakah masalah pesawah tersebut. Dia menceritakan bahawa sekarang dia terpaksa bekerja penat kerana kerbau ternakannya yang digunakan untuk kerja-kerja sawah telah sakit dan tidak sesuai untuk membajak lagi. Ku bertanya mengapa dia tidak menggunakan saja mesin/jentolak pembajak. Dia memberitahu bahawa suatu masa dulu dia ada kenderaan tersebut tetapi telah rosak. Apalah nasib dia nie, kata hatiku. Suria mula menggalah, lalu ku pinta diri untuk meneruskan perjalanan sambil mengucapkan simpatiku padanya.

Dalam perjalanan ku, aku keletihan lalu aku berhenti di bawah sebatang pohon yang  sedikit buahnya. Nampanya rantingnya sudak rosak dan dahan-dahannya juga sudah reput sedikit. Nampaknya pohon ini tidak jaga, bisik hati kecilku. Sambil berehat aku terlelap buat seketika.

“Hei! Manusia”, apa kau buat di sini?”. Tiba-tiba seseorang yang sudah agak tua menegurku. Terperanjat juga aku dibuatnya. Aku pun tergesa-gesa bangun dan minta maaf sekiranya tidurku menjadi kesalahan. Ku renung wajahnya, apakah jin atau manusia.  Secara mendadak sahaja menempelakku. Aku pun menerangkan bahawa aku sedang dalam perjalanan dan aku terasa letih lalu berehat sebentar. Dia hanya tersenyum sahaja. Ini yang membuatkan aku mushkil.

Dia memberitahuku, bahawa dia bernama  Toarif. Dia menyatakan bahawa setiap orang yang tidur siang ini akan tersekat rezekinya dan merugikan. Maka dia lebih senang menegurku agar bangun supaya aku tidak tergolong dalam golongan tersebut. Tambahannya lagi, orang yang tidur siang ini ada penyakit malas.

Mmm…, baru aku mengerti. Kemudian dia menyambung ceritanya dengan mengatakan bahawa pohon ini (pohon tempat aku berteduh tadi) dahulunya ada banyak buah. Tuan kepada pohon tersebut terlalu mementingkan hasil buah daripada pohon tersebut, tetapi tidak menjaga ranting,dahan dan batang pohon tersebut. Akhirnya buah tak dapat yang terbaik dan pohon pula rosak serta tidak dapat menghasilkan buah yang banyak. Apalah gunanya mengejar sesuatu matlamat tetapi tidak menjaga bahan yang membawa kepada matlamat tersebut. Pohon itu dibiarkan dan tidak diberi keutamaan, sedangkan pohon itulah yang menjadi alat untuk penghasilan buah yang terbaik. Tanpa ranting, dahan dan batang; buah yang baik tidak akan terhasil. Meskipun akar dari yang terbaik tetapi jika ranting dan dahan sudah diabaikan kepentingannya, maka buah juga akan terabai seta rosak.

Pak Toarif, memberitahuku lagi bahawa pesawah yang baru kutemui tadi adalah orang yang tidak tahu berbudi dan tak tahu mengenang budi.

Aku berasa sedikit hairan. Mengapa, dia boleh bercakap demikian. Pak Toarif menyambung ceritanya lagi, dulu pesawah tersebut ada sebuah mesin pembajak dan  setiap hari  dia menggunakan  mesin tersebut sehinggalah mesin itu rosak. Apabila rosak, pesawah itu lansung tidak ambil peduli lagi. Yang dia tahu hanyalah hasil padi yang bakal dia perolehi. Setelah masa berlalu, pesawah tersebut membeli seekor kerbau yang baik bakanya. Malang juga nasib kerbau tersebut kerana semua kerja pun dia arahkan buat. Sekejap membajak, sekejap memikul kantung air juga memikul guni yang berisi padi.

Apa yang keterlaluannya, pesawah tersebut terus memukul kerbau tersebut jika guni padi yang dibawa oleh kerbau tersebut terjatuh. Dia menyalahkan kerbau tersebut tetapi dia yang tak tahu mengikat guni beras itu. Tambahan pula dia menjadi marah, jika kerbau itu agak perlahan berjalan. Jika laju pastilah jatuh semua guni tersebut. Kerana tidak bertimbang rasa akhirnya kerbau itu sakit dan tidak dapat membantu lagi. Inilah akibatnya jika terlalu mementingkan  hasil padi tetapi mengabaikan mesin dan kerbaunya. Sungguh dia tidak tahu besyukur.

Sekarang dia terpaksa buat semua kerja tersebut. Jika dia memperbaiki mesin pembajak tersebut pun, mesin itu tidak berguna juga kerana sudah reput disebabkan karat dan kerbau itu pun sudah tenat.

Pak Toarif pun menggelengkan kepalanya. Serentak dengan itu, tiba-tiba aku terdengar suara orang meminta tolong.

Uhhh.. aku terjaga. Rupa-rupanya aku bermimpi. Tetapi suara meminta tolong jelas kedengaran. Aku pun bergegas bangun menuju ke arah sungai. Ku dapati ada seorang tua sedang terkapai-kapai lemas meminta tolong. Dengan segera aku melompat masuk ke dalam sungai dan menyelamatkannya. Rupa-rupanya dia ialah penumpang sampan pagi tadi.

Setelah membawanya ke tepian tebing aku pun menenangkannya. Setelah seketika, aku bertanya bagaimana dia boleh lemas.Dengan marah-marah dia pun menceritakan bahawa dia menasihati budak pembawa sampan itu supaya belajar untuk menjadi pandai. Dia adalah seorang profesor yang dikenali ramai dan menyuruh budak itu menjadi sepertinya. Dia berkata kepadaku bahawa budak itu memang bodoh dan degil. Maka dia pun memarahi budak tersebut. Dengan tiba-tiba, budak itu pun membocorkan sampannya. Lalu budak itu berenang meninggalkan dia. “Memang budak yang kurang ajar” kata profesor itu. Aku pun tersengih dan aku katakan bahawa, profesor tidak layak menjadi profesor; kerana tidak tahu adab menegur. Sepatutnya dengan cara yang berhemah bukan mengherdik. “Dimanakah kewibawaan profesor”. Kataku . Aku pun menerangkan kepada profesor tersebut, “Budak itu tidak bodoh kerana dia boleh berenang sedangkan profesor tidak tahu. Masing-masing ada kelebihan dan ada kekurangan. Budak itu pandai dalam bidangnya sedangkan profesor pandai dalam bidang profesor. Jadi janganlah memperlecehkan orang lain di atas kelebihan yang ada pada diri sendiri”. Aku menyambung lagi bahawa, kebijaksanaan profesor itu pun hanyalah anugerah tuhan untuk dijadikan ujian bukan bahan untuk bersikap riak.

Kemudian aku pun berlalu meninggalkan profesor tersebut. Sunguh manusia terlalu suka memuji diri, bisik hati kecilku.

Dalam hadith dari Abu Hurayrah ada diterangkan “Bahawa pernah dikatakan kepada Rasulullah hal seorang perempuan yang bersembahyang pada waktu malam dan berpuasa pada waktu siang. Tetapi sayang sekali; lidahnya jahat, selalu menyakiti jirannya. Rasulullah berkata : Tidak ada kebaikan padanya. Dia dalam neraka.”

Muslim adalah orang yang menjaga tangan dan lisannya terhadap orang lain. Disamping menyayangi binatang dan tidak menyeksanya”. (Mukasyafah al-Qulub – Imam Al Ghazali) ……………………………. “Janganlah kita mengeji sesuatu kaum itu, mungkin kaum itu  lebih baik dari kita, sedang kita tidak mengetahuinya.”

Cerita tiada kena mengena dengan yag hidup atau yang telah meninggal dunia. Ianya hanya sebuah nukilan untuk dikongsi bersama kerana: There is MORE TO BE SHARE | My View @ Your Perception 

Diolah, disusun semula  dan diubahsuai oleh:   Azikrie.

 22:30-01:10] 23/01/2002

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s